Tuesday, 7 April 2015

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH RENDAH

Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dari segi ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, sains dan teknologi dan pembangunan. Pembangunan pesat ini adakalanya membawa kesan baik dan buruk kepada masyarakat. Pelajar sekolah juga tidak tertinggal daripada masalah sosial. Sejak kebelakangan ini terpapar dalam berita dan suratkhabar mengenai masalah dadah di kalangan anak-anak muda,gangsterisme dan masalah disiplin di sekolah-sekolah. Pendidik juga menghadapi pelajar yang bermasalah keluarga dan pembelajarannya terganggu. Pelajar yang perlu membuat pengkhususan tetapi tidak tahu arah tuju dan pelajar yang stress. Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah yang tersebut di atas memerlukan pertolongan kaunselor untuk membantu mereka mencari jalan penyelesaiannya. Maka tugas pendidik bukan sahaja mengajar tetapi mereka juga mempunyai kemahiran kaunseling untuk membantu pelajar-pelajar bermasalah iaitu klien. Dalam keadaan ini kaunselor memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Oleh itu Kementerian Pelajaran telah mewujudkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.  

                                                                                                                                                                                                                                                                          

Gambar 1: Bilik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah

Teknik pada gambar ini ialah teknik full shot. Pengambilan gambar objek secara penuh dari atas ke  bawah. Gambar ini menunjukkan lokasi bimbingan dan kaunseling di salah satu sekolah kebangsaan.

Gambar 2:  Poster 

Gambar ini ialah teknik extreme close up. Teknik pengambilan gambar yang terlihat sesuatu detail supaya dapat menyampaikan maklumat yang ingin disampaikan kepada semua murid.

Gambar 3 : Cermin yang terdapat di bilik bimbingan dan kaunseling.


Gambar ini telah mengaplikasikan teknik zoom in. Kamera bergerak mendekati objek dengan menggunakan buttom zooming yang ada di kamera. Cermin merupakan salah satu benda yang sangat penting dalam sebuah bilik bimbingan dan kaunseling. Cermin dapat melambangkan setiap orang datang ke bilik bimbingan dan kaunseling sebagai mencermin dan melihat ke dalam diri

Gambar 4 : Misi, visi dan falsafah bimbingan dan kaunseling.


Teknik low angle telah diaplikasikan di gambar yang atas tersebut. Teknik ini ialah sudut pengambilan dari arah bawah objek sehingga mengesankan objek jadi terlihat kecil. Teknik ini memilik kesan dramatis iaitu nilai berwibawa, kuat dan dominan. Misi, visi dan falsafah wajib memaparkan di bilik bimbingan dan kaunseling supaya dapat merealisasikan matlamat bimbingan dan kaunseling. 


Gambar 5: Bimbingan indivdu.


Teknik pada gambar ini ialah teknik over shoulder. Teknik pengambilan gambar dari belakang objek. Biasanya objek tersebut hanya terlihat kepala atau bahunya saja, tetapi pengambilan gambarnya dari samping. Pengambilan ini untuk memperlihatkan bahawa objek sedang melihat sesuatu atau juga objek sedang bercakap-cakap. Semua orang boleh memberi bimbingan tanpa mendapat latihan yang khusus. Bimbingan boleh untuk semua manusia. Hal ini boleh berlaku di mana-mana sahaja.


Gambar 6 :  Sudut info di bilik bimbingan dan kaunseling. 


Teknik pada gambar ini ialah teknik eye level. Teknik ini ialah sudut pengambilan gambar sejajar dengan objek. Hasilnya memperlihatkan tangkapan pandangan maklumat pada sudut info. Teknik ini tidak memiliki kesan dramatis melainkan kesan wajar. Sudut info ini merupakan satu sudut pembacaan yang amat penting dan perlu memaparkan bagi menambahkan ilmu pengetahuan murid tentang kerjaya atau maklumat lain. 

Gamabr 7 :  Sesi bimbingan kelompok.


Teknik pada gambar dikenal juga sebagai Extreme Long Shot iaitu teknik pengambilan gambar dalam area yang sangat luas. Saat menggunakan teknik pengambilan gambar seperti ini disarankan agar mencari komposisi yang menyatu antara subjek utama dengan objek dan kondinasi di sekitar subjek. Sehingga secara keseluruhan semua pada gambar terlihat menjadi sebuah kesatuan yang menarik dan relevan. 




Gambar 8: Kaunseling individu. 



Gambar ini telah menggunakan teknik long shot. Teknik ini pengambilan gambar hanya menggunakan area yang cukup untuk memperlihatkan seluruh tubuh subjek. Teknik ini hanya mensorot subjek utama dan bermaksud untuk menonjolkan subjek dengan ekspresi dan interaksinya tanpa ada bahagian tubuh yang terpotong. Kaunseling individu patutlah dilaksanakan di bilik khas dan pertemuan sacara bersemuka antara kaunselor dengan klien. Sebagai seorang kaunselor bertauliah dan menghad iri kursus bimbingan dan kaunseling. Beliau juga mengaplikasikan teori dan kemahiran. 

Gambar 9: Sesi kaunseling kelompok 


Teknik pada gambar ini dikenali teknik median long shot. gambar diambil dari jarak yang wajar sehingga contohnya terdapat 3 objek maka seluruhnya akan terlihat. Bila objeknya satu orang maka nampak dari kepada sampai lutut.

Gambar 10: Seorang fasilitator dalam kaunseling kelompok.


Gambar ini ialah teknik medium close up. Ia hampir sama dengan medium shot, jika objeknya orang maka gambar diambil dari dada ke atas. Teknik ini bertujuan untuk menonjolkan lebih terperinci lagi bahasa tubuh dari ekspresi subjek.




Wednesday, 18 April 2012

today i learn a new things.. i'm very happy,.. :)