Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dari segi ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, sains dan teknologi dan pembangunan. Pembangunan pesat ini adakalanya membawa kesan baik dan buruk kepada masyarakat. Pelajar sekolah juga tidak tertinggal daripada masalah sosial. Sejak kebelakangan ini terpapar dalam berita dan suratkhabar mengenai masalah dadah di kalangan anak-anak muda,gangsterisme dan masalah disiplin di sekolah-sekolah. Pendidik juga menghadapi pelajar yang bermasalah keluarga dan pembelajarannya terganggu. Pelajar yang perlu membuat pengkhususan tetapi tidak tahu arah tuju dan pelajar yang stress. Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah yang tersebut di atas memerlukan pertolongan kaunselor untuk membantu mereka mencari jalan penyelesaiannya. Maka tugas pendidik bukan sahaja mengajar tetapi mereka juga mempunyai kemahiran kaunseling untuk membantu pelajar-pelajar bermasalah iaitu klien. Dalam keadaan ini kaunselor memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Oleh itu Kementerian Pelajaran telah mewujudkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
Gambar 1: Bilik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah |
Teknik pada gambar ini ialah teknik full shot. Pengambilan gambar objek secara penuh dari atas ke bawah. Gambar ini menunjukkan lokasi bimbingan dan kaunseling di salah satu sekolah kebangsaan.
![]() |
Gambar 2: PosterGambar ini ialah teknik extreme close up. Teknik pengambilan gambar yang terlihat sesuatu detail supaya dapat menyampaikan maklumat yang ingin disampaikan kepada semua murid. |






No comments:
Post a Comment